fbpx

“Main Bagi Ikhlas Sikit” Gadis Marah Zaquan Secara Tiba-Tiba

883 views

Tiada ribut mahupun taufan, Zaquan Adha yang sedang berehat di rumahnya bersama keluarga tercinta secara tiba-tiba kena tibai dengan seorang gadis bernama Sharifah Noor di akaun Instagram miliknya.

Zaquan Adha yang umum sedia maklum sudah lama tidak mewakili skuad kebangsaan lantas berasa hairan dan mungkin tercuit hati melayan gelagat gadis ini.

“Lepas ni main la bagi ikhlas sikit.”

“Kesian dekat Mak saya sanggup tahan mata sebab nak tengok bola”

Ujar @sharifahmhmdnoor di private message akaun Instagram milik Zaquan.

Zaquan lantas membalas di IG Story beliau:

“Salah orang ni adik. Mana adik tahu orang main ikhlas ke tidak”

“Jangan pertikaikan keikhlasan orang dik”

“Pesan dekat emak kalau nak bangun tengok bola biar ikhlas sikit”

“Opps, apa-apapun adik salah DM orang ni”

Apa-apapun umum mengetahui, perempuan sentiasa betul. Semoga Zaquan tabah menghadapi ujian ini.

Kongsikan Berita Gembira Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Random TV

Sedang #trending

You May Also Like