Erling Haaland: Kamu Dah Boleh Berhenti Sekarang
MakanBola
Fotballandslaget

Komen bintang Norway, Erling Haaland mencuri perhatian ramai peminat bola sepak dunia.

Nama Erling Haaland ketika ini telah menjadi bualan hangat para peminat seluruh dunia selepas persembahan cemerlang bersama Norway di pentas Piala Dunia 2026 yang menyaksikannya meledak 7 gol dalam penampilan pertama.

Aksi Haaland bukan sahaja menarik tumpuan di atas padang, malah sikap ramah beliau di alam maya, turut membuatkannya diminati dan disenangi dengan karakter berbadan sasa serta cukup bersahaja di mata ramai orang.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, salah seorang peminat cilik bernama omarshikhdebs, memuat naik sekeping foto bertujuan agar Erling Haaland meninggalkan komen selepas enam hari berturut-turut melakukan perkara itu.

“Hari keenam meminta Erling Haaland untuk meninggalkan komen,” ujar peminat itu di dalam videonya.

Hajat Omar lantas ditunaikan oleh Haaland dengan sebuah komen ringkas yang memintanya untuk berhenti kerana permintaan besar itu sudah pun direalisasikan oleh penyerang Norway tersebut.

“Kamu sudah boleh berhenti,” tulis Erling Haaland di ruangan komen dengan penuh bersahaja.

Komen Erling Haaland Erling Haaland: Kamu Dah Boleh Berhenti Sekarang
Instagram: @omarshikhdebs

Keramahan Erling Haaland melayan permintaan peminat dari UAE secara atas talian itu amat disenangi ramai dan menganggap penyerang Man City tersebut berjaya memenangi hati peminat dengan sikap mesra serta rendah dirinya.

Erling Haaland dilihat masih berada di dalam fasa bercuti selepas kempen Piala Dunia yang mencabar bersama Norway sebelum kembali melakukan persiapan menghadapi aksi pra-musim bersama Manchester City tidak lama lagi.