Malang Berganda Real Madrid, Thibaut Courtois Tersisih Akibat Cedera ACL
Dunia
Thibautcourtois
Advertisements

Malang berganda buat Real Madrid kerana akan memula kempen baharu musim 2023/24 tanpa penjaga gol utama, Thibaut Courtois yang disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Penjaga gol Belgium itu mengalami kecederaan ACL pada kaki belah kiri ketika waktu latihan dan bakal terlepas aksi musim ini kerana Liga akan bermula tiga hari lagi.

Beliau akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat ini dan dijangka akan kembali pulih sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih.

Advertisements

“Selepas ujian dijalankan ke atas pemain kami Thibaut Courtois, beliau telah disahkan mengalami patah ligament anterior cruciate lutut kirinya. Beliau akan menjalani pembedahan dalam beberapa hari akan datang” – kenyatan daripada kelab Real Madrid.

Penjaga gol berusia 31 tahun ini merupakan penjaga gol utama Real Madrid sejak menandatanganinya pada tahun 2018. Kehilangan beliau amat terkesan buat pasukan terutamanya ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti.

Advertisements

Ketika ini, terdapat beberapa penjaga gol yang disebut-sebut mampu menggantikan Courtois salah seorangnya ialah bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea.

Real Madrid akan bermula saingan La Liga menentang Athelic Club pada ahad ini 13 Ogos jam 3.30 pagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram