Malayan Tigress: Malaysia Seri Berdepan Pakistan
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Kejohanan Women’s International Friendly 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Malaysia menentang pasukan Pakistan.

Separuh masa pertama menyaksikan tiada sebarang jaringan terhasil. Malaysia menguasai permainan dengan beberapa gerakan berjaya dilancarkan anak buah Soleen Zoubi namun masih gagal menerjah jaring.

Bersambung babak kedua permainan, Malaya Tigress terus menerus mengasak kubu pertahanan lawan untuk memecah kebuntuan. Penguasaan padang dilihat lebih banyak kepada pasukan Malaysia yang tampak lebih berani mengatur gerakan.

Advertisements

Ketangkasan penjaga gol kebangsaan, Azurin Mazlan juga menjadi watak penting Malayan Tigress apabila beliau cemerlang menggagalkan setiap percubaan pasukan Pakistan. Azurin bertindak bijak mengawal gawangnya daripada dibolosi.

Malayan Tigress miliki peluang terhidang pada minit ke-59 permainan menerusi Intan Serah. Bagaimanapun percubaan Intan tidak cukup kuat untuk menewaskan penjaga gol Pakistan.

Memasuki waktu tambahan, Pakistan berjaya menggegar jaring menerusi pemain gantian. Namun jaringan itu dibatalkan pengadil kerana penyerang Pakistan dikesan berada dalam kedudukan offside.

Advertisements

Perlawanan tamat, Malaysia 0-0 Pakistan.

Anak buah kendalian Soleen Zoubi masih berpeluang untuk layak ke pusingan separuh akhir, namun perlu menunggu hasil keputusan perlawanan seterusnya untuk memastikan slot tersebut. Aksi separuh akhir dijadual berlangsung pada Rabu, 27 September di Stadium King Fahd Taif.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram