Malaysia 2-0 Indonesia
Highlight
Youtube / Astro Arena
Advertisements

Malaysia menerusi dua jaringan pemain harapan negara, Safawi Rashid mudah menundukkan Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia yang bermain tanpa kelibat Shafiq Ahmad bermula agak perlahan dan kelihatan sukar memasuki kawasan kotak penalti. Indonesia sekali sekala berjaya masuk ke kawasan kotak penalti Malaysia namun kecemerlangan penjaga gawang menangkas asakan Indonesia layak dipuji.

Malaysia berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-30 menerusi sepakan percuma cantik Safawi Rashid sekaligus memaksa pasukan pelawat bermain permainan terbuka untuk mencari jaringan penyamaan.

Advertisements

Masuk babak ke-2 Malaysia tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bertahan sebaliknya serangan demi serangan diteruskan.

Kesilapan yang dilakukan pemain pertahanan Indonesia dimunafaatkan sebaiknya oleh Safawi apabila berjaya menjaringkan gol ke-2 perlawanan pada minit ke-73.

Malaysia kini di tangga ke-2 kumpulan G dengan 9 mata dan 2 mata dibelakang pendahulu kumpulan Vietnam yang seri tanpa jaringan menentang Thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram