Malaysia B-17 Asah Taring Di Indonesia
MakanBola
FA Malaysia

Skuad Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17) membuat persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2027 dengan menyertai dua aksi persahabatan di Indonesia.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 22 pemain yang dipanggil Shukor Adan untuk dua aksi tersebut.

15 daripada 22 pemain merupakan sebahagian daripada skuad Malaysia B-16 yang muncul naib juara Kejuaraan B-17 ASEAN pada April lalu.

Tujuh lagi merupakan muka baharu yang dipanggil untuk kem kali ini. Kesemua 22 pemain yang dipanggil akan memulakan latihan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang pada 29 Jun ini.

Setelah itu, mereka akan berangkat ke Surakarta, Indonesia pada 2 Julai. Skuad muda negara akan menentang Indonesia B-17 pada 4 Julai sebelum disusuli satu lagi aksi pada 7 Julai.

Skuad Malaysia B-17 berharap dapat meneruskan kecemerlangan dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2027 yang akan berlangsung pada November ini.