Ads
Malaysia ‘Baham’ Indonesia Tanpa Rasa Bersalah
UltraSukan
Asian Hockey Federation

Skuad hoki dalam dewan wanita Malaysia meraih tempat ketiga Women’s Indoor Hockey Asia Cup (WIAC) 2024 selepas membelasah Indonesia 4-0.

Advertisements

Selepas kedua-dua pasukan masing-masing tewas kepada Thailand dan Kazakhstan di peringkat separuh akhir, slot ketiga menjadi buruan kedua-dua pasukan.

Advertisements

The Malaysian Tigress tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Fazilla Sylvester Silin pada minit ketiga.

Advertisements
Advertisements

Gawang Indonesia yang dikawal Selly Florentina bocor lagi pada minit ke-13. Kali ini, giliran Ellya Syahirah Ellias mencipta nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Skuad negara yang dibimbing Rodhanizam Mat Radzi berusaha menambah kelebihan gol yang dimiliki mereka. Walau bagaimanapun, keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung selepas rehat, Malaysia terus meningkatkan tekanan ke arah kubu pertahanan Indonesia. Gol ketiga yang dicari akhirnya muncul menerusi jaringan padang Fazilla pada minit ke-26.

The Malaysian Tigress mendapat peluang menambah gol keempat menerusi pukulan penalti stroke. Ini selepas pengadil mengesan kekasaran dalam sudut D.

Penalti stroke itu mudah disempurnakan Juliani Mohamad Din menewaskan Selly pada minit ke-34. Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Kejayaan ini menyaksikan Malaysia mengulangi kejayaan menduduki tempat ketiga selepas melakukannya dalam WIAC edisi 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram