Malaysia Bakal Terlepas Khidmat Wan Kuzain & Wan Kuzri Ke Negara Lain
Dunia
IG Kuzain7 / IG zipsmsoccer
Advertisements

Sehingga kini, dua pemain bola sepak berdarah Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzain Wan Kamal dan Wan Kuzri Wan Kamal masih belum mendapat peluang untuk menyarung jersi Malaysia walaupun kedua-duanya pernah menjalani latihan bersama skuad kebangsaan sebelum ini.

Ayah kepada kedua-dua pemain ini membayangkan bahawa Wan Kuzain dan adiknya Wan Kuzri juga berpeluang beraksi untuk pasukan Thailand kerana moyang mereka berasal dari selatan Thailand.

Jawapan dari Wan Kamal tersebut adalah merujuk kepada pertanyaan dari seorang pengikut beliau di laman Facebook yang menanyakan tentang status Wan Kuzain bersama pasukan kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Advertisements

“Jika tidak FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), FA Thailand pun ok juga. Kuzain dan Kuzri mempunyai moyang yang bersasal dari selatan Thailand,” coret Wan Kamal dalam ruangan komen Facebook beliau.

Sebelum ini, pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon ditanyakan mengenai status pemain-pemain yang beraksi di luar negara seperti Wan Kuzain untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan. Namun Pan-gon akui bahawa buat masa ini, beliau memfokuskan kepada pemain yang beraksi di dalam Malaysia terlebih dahulu.

“Mungkin pada masa akan datang (Wan Kuzain main untuk Malaysia). Sehingga kini, kami sudah memantau lebih 80 orang pemain dan untuk kem kebangsaan kali ini kami panggil 30 orang pemain. Daripada 30 kami akan pilih 23 orang untuk dibawa ke Kelayakan Piala Asia 2023.

Advertisements

“Buat masa sekarang, agak sukar untuk kami melihat kepada pemain di luar negara dan hanya memfokuskan kepada pemain dalam negara sahaja,” jelas Pan-gon kepada Astro Arena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram