Kim Pan-gon Ulas Punca Beliau Tidak Memanggil Wan Kuzain
Dunia
IG Kuzain7
Advertisements

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon sedar akan beberapa nama pemain Malaysia yang beraksi di luar negara namun buat masa ini beliau bersama staf kejurulatihan Harimau Malaya memberikan fokus untuk memantau pemain yang beraksi dalam negara.

Pan-gon ketika ditanyakan mengenai status Wan Kuzain dalam sidang media tersebut berkata bahawa beliau sudah memantau lebih daripada 80 orang pemain dan mungkin pada akan datang akan tiba masanya untuk Wan Kuzain.

“Mungkin pada masa akan datang (Wan Kuzain main untuk Malaysia). Sehingga kini, kami sudah memantau lebih 80 orang pemain dan untuk kem kebangsaan kali ini kami panggil 30 orang pemain. Daripada 30 kami akan pilih 23 orang untuk dibawa ke Kelayakan Piala Asia 2023.

Advertisements

“Buat masa sekarang, agak sukar untuk kami melihat kepada pemain di luar negara dan hanya memfokuskan kepada pemain dalam negara sahaja,” jelas Pan-gon kepada Astro Arena.

Pasukan Harimau Malaya bakal menghadapi dua aksi persahabatan menentang Brunei pada Jumaat dan menentang Hong Kong pada 1 Jun sebelum melalui ujian sebenar dalam Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil bulan depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram