Malaysia ‘Bedil’ Oman 10-2 Tanpa Segan Silu
UltraSukan
Malaysia Hockey Federation
Sponsors

Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan Taldykorgan, Kazakhstan, telah pun membuka tirai hari ini dengan pasukan lelaki Malaysia merekodkan kemenangan selesa 10-2 bagi aksi pertama Pool B.

Kemenangan bergaya ini diserikan apabila kapten pasukan, Muhammad Najmi Farizal Jazlan menjaringkan hatrik menerusi dua gol pukulan penalti dan satu gol pukulan sudut penalti.

Ad

Jaringan lain telah pun disumbangkan oleh Muhammad Aminuddin Mohd Zain dan Abdul Khaliq Hamirin menyumbang dua gol selain Muhamad Izham Azhar, Muhammad Ashran Hamsani, dan Faridzul Afiq Mohd, masing-masing menjaringkan satu gol.

Ad

Ketua Jurulatih Skuad Hoki Dalam Dewan Lelaki Kebangsaan, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi memberitahu baahwa kemenangan pertama pasukannya amat penting sambil menyifatkan jumlah gol yang terhasil adalah kelebihan yang akan membantu pasukan.

“Alhamdulillah dengan kemenangan yang diraih namun saya melihat terdapat kesilapan-kesilapan yang dilakukan pemain dalam perlawanan namun mereka cepat untuk memperbaikinya dan itu harus diberikan pujian.

Ad

“Kemenangan ini juga penting untuk kami menjelang perlawanan seterusnya kerana setiap kelebihan dan kelemahan hari ini akan dijadikan sebagai penanda aras untuk kami memperbaiki menjelang perlawanan seterusnya.

Ad

“Pertemuan dengan tuan rumah, Kazakhstan, esok pastinya satu perlawanan yang bukan mudah kerena mereka sebuah pasukan yang kuat. Barisan kejurulatihan akan melakukan analisa sebaik mungkin untuk mempersiapkan pasukan menjelang pertemuan tersebut,” ujarnya selepas perlawanan menentang Oman.

Ad

Kemenangan yang diraih pada aksi pertama ini pastinya membantu menaikkan semangat pasukan Lelaki negara yang akan turun untuk aksi kedua bertemu tuan rumah, Kazakhstan, esok pada jam 3:45 petang waktu Malaysia.

Aksi terakhir pusingan kumpulan B pada jam 8:45 malam bakal melibatkan pertemuan menentang Indonesia.