Malaysia Berisiko Hilang Tonggak Utama Berdepan India
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Skuad kebangsaan Malaysia bakal kehilangan seorang tonggak utama dalam aksi berdepan India kelak atas faktor kesihatan.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah mengesahkan Paulo Josue telah mengalami demam denggi dan berkemungkinan besar akan terlepas aksi Pestabola Merdeka.

Ini bermakna Malaysia bakal kekurangan seorang pemain berkualiti dibahagian serangan pasukan.

Advertisements

Paulo Josue bermain sebagai pemain tengah menyerang dan turut boleh beraksi selaku penyerang pasukan.

Paulo Josue telah 4 kali dipanggil menyertai skuad kebangsaan untuk tahun ini dan telah menyumbang 4 gol sepanjang menyarung jersi Harimau Malaya.

Advertisements

Pemain berusia 34 tahun ini juga menampilkan prestasi cemerlang bersama pasukan KL City apabila merekodkan 8 gol dan 8 bantuan jaringan dalam 20 penampilan bersama KL City.

Berita kehilangan Paulo Josue pastinya menggusarkan para penyokong Harimau Malaya namun ketua jurulatih Kim Pan-gon pasti sudah mempunyai perancangan rapi untuk berdepan India nanti.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan dengan pasukan India pada 13 Oktober untuk aksi pertama kejohanan Pestabola Merdeka dan akan berdepan Tajikistan pula jika Malaysia berjaya menang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram