Malaysia Gembira, Tambah Tekanan India
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia berpeluang melakar kegembiraan namun memberikan tekanan kepada India.

Skuad kendalian Peter Cklamovski mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang pasukan ke-72 dunia, Cape Verde pada aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pasukan kebangsaan kini berada pada landasan terbaik untuk mara ke pentas Piala Asia 2027 di Arab Saudi namun perlu mencatatkan kemenangan ke atas jaguh Asia Tenggara, Vietnam pada aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Harimau Malaya menambah mata ranking FIFA menentang lawan sama iaitu Cape Verde pada satu lagi pertemuan aksi persahabatan tertutup di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Jun ini.

Pasukan kebangsaan berpeluang untuk meraih tambahan +7.00 mata FIFA sekiranya berjaya melakar kemenangan ke atas Cape Verde.

Hal ini memberikan tekanan hebat kepada India yang menghuni tangga ke-127 dunia dengan 1132.03 mata.

Kemenangan ke atas Cape Verde bakal membolehkan Malaysia melonjak tiga tangga untuk menduduki tangga ke-128 dunia dengan 1130.57 mata.

Malaysia juga dapat mengukuhkan status selaku pasukan keempat terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (99), (109) dan Indonesia (123).