Malaysia bakal menghadapi aksi pertama Kumpulan B ASEAN Hyundai Cup 2026 tanpa kelibat pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Zhafri Yahya.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan hanya 25 pemain sahaja yang dibawa jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ke Yangon, Myanmar.
Kelibat Zhafri pula tidak kelihatan dalam kalangan pemain yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Meskipun begitu, sebab ketiadaan pemain berusia 31 tahun itu tidak dinyatakan.
“Misi bermula. Harimau Malaya berlepas ke Myanmar bagi membuka kempen Piala Hyundai ASEAN 2026. Seramai 25 pemain dibawa, tanpa kelibat Zhafri Yahya,” katanya di X.
Hal ini menyaksikan Zhafri terlepas peluang menambah rekod penampilan bersama Harimau Malaya di peringkat antarabangsa. Satu-satunya penampilan beliau direkodkan alam aksi persahabatan antarabangsa menentang Laos pada November 2024.
Ketiadaan Zhafri menyaksikan Cheng Hoe perlu memilih kombinasi tengah yang sesuai menjelang aksi menentang Myanmar.
Kem kali ini menyaksikan jentera tengah Harimau Malaya terdiri daripada Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal, Aliff Haiqal Lau, Engkur Nur Shakir Engku Yacob, Ziad El Basher Norhisham, Daryl Sham, Ibrahim Manusi, Sergio Aguero dan Endrick dos Santos.