Malaysia Ikat Arab Saudi
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Perlawanan Antarabangsa Tier 1 dalam kejohanan Women’s International Friendly hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Malaysia menentang pasukan Arab Saudi.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Pasukan Malaysia dilihat lebih banyak melancarkan serangan dan mendominasi permainan berbanding pasukan tuan rumah, Arab Saudi.

Bersambung aksi di babak kedua permainan, Malaysia terus konsisten mengasak untuk memecah kebuntuan. Arab Saudi dipaksa bertahan dan hanya berpeluang melancarkan gerakan ke kubu Malaysia menerusi serangan balas. 

Advertisements

Malayan Tigress beberapa kali menerima peluang keemasan untuk meledak menerusi sepakan bebas yang diberikan pengadil. Sayangnya sepakan yang diambil kapten pasukan, Steffi Kaur tidak cukup kuat untuk mengatasi penjaga gol Arab Saudi. 

Kemasukan pemain gantian, Nurainsyah Murad turut menyukarkan pasukan lawan. Gerakan bertemaga Ainsyah daripada sebelah kanan padang acap kali mencemaskan kubu pertahanan Arab Saudi. 

Penyerang tunggal negara, Intan Serah juga terlibat dalam beberapa siri serangan. Bagaimanapun impak serta percubaan-percubaan pemain Kelana United ini tidak cukup untuk memberikan tiga mata buat Malaysia. 

Advertisements

Malayan Tigress catat keputusan seri, Malaysia 0-0 Arab Saudi. 

Perlawanan seterusnya menyaksikan Malaysia bakal bertemu Pakistan pada Jumaat, 22 September 2023. Aksi terakhir kumpulan A tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium King Fahd Sports City, Taif. 

Pertemuan ini penting bagi memastikan anak buah kendalian Soleen Zoubi meraih slot sebagai dua pasukan teratas kumpulan untuk melayakkan pasukan ke pusingan separuh akhir pada Rabu, 27 September 2023. 

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram