Malaysia Jadi Pilihan Pertama Jürgen Klinsmann
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann menjadikan Stadium Sultan Ibrahim di Malaysia sebagai destinasi pertama di luar negara yang dikunjungi olehnya.

Perkara ini dikongsikan oleh Media Digital Johor berkenaan kehadiran pengendali berpengalaman kelahiran Jerman itu ke perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara JDT dan Ulsan Hyundai.

JDT dalam satu hantaran media sosial menyambut baik kedatangan jurulatih berusia 58 tahun itu bersama bekas pemain bola sepak Korea Selatan dan Kelab Celtic, Cha Du Ri yang merupakan penolong jurulatih Korea Selatan.

Advertisements

Aksi yang berlangsung sengit itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas jaguh Korea itu.

Kehadiran ini bertujuan untuk memantau aksi para pemain Korea Selatan dengan beberapa pemain utama pasukan kebangsaan mereka beraksi buat Ulsan Hyundai.

Advertisements

Ini juga menjadi cabaran buat skuad kebangsaan Malaysia yang dibarisi sebilangan besar pemain yang bersama JDT.

Wakil Asia di Piala Dunia itu juga bakal berdepan pasukan bimbingan Kim Pan-gon 25 Januari 2023 bagi saingan Kumpulan E.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram