Malaysia Jadikan Piala AFF Medan Persiapan Ke Kelayakan Piala Asia
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih skuad B-23 Malaysia, E. Elavarasan melihat Piala AFF B-23 sebagai medan terbaik menguji persiapan anak-anak buahnya sebelum aksi kelayakan Piala Asia B-23 yang bakal diadakan pada September ini.

Ini kerana ini peluang terakhir buat beliau menguji keserasian pemain sebelum pusingan kelayakan bermula.

Dengan beberapa tonggak utama skuad B-23 tidak dapat dipanggil kerana tidak mendapat perlepasan daripada kelab-kelab masing-masing, Elavarasan mengharapkan barisan 23 pemain ini sedia mencabar pasukan-pasukan lain dalam Piala AFF B-23.

Advertisements

“Malaysia juga ada masalah sama seperti yang dialami Coach (Jurulatih) Shin (Tae-yong) dan (Park) Soon-tae (jurulatih Timor Leste).

“Kita pun ada masalah sama. Kita tak dapat kerap bermain jadi fokus kita ialah jadikan (kejohanan) ini sebagai persiapan untuk kelayakan Piala Asia (B-23).

“Itu merupakan salah satu daripada objektif utama kami selain beraksi dengan cemerlang. Jadi, kita gunakan kejohanan ini untuk pemain-pemain baru yang tidak terlibat dengan liga untuk meraih pengalaman baru dan melihat cara kita menambahbaik diri kita,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

Advertisements

Malaysia bakal memulakan aksi Kumpulan B menentang Indonesia yang bermula esok dengan kedua-dua pasukan pasti mahu meraih kemenangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram