Malaysia Lawan Turkmenistan Di Stadium Sultan Ibrahim Mac Ini
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Firdaus Mohamed mengesahkan bahawa pasukan kebangsaan Malaysia akan bermain dalam 2 perlawanan persahabatan pada bulan Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan ditutup bermula Mac ini untuk memberi ruang penukaran rumput sedia ada kepada jenis Zeon Zoysia, rumput yang sama digunakan di Stadium Sultan Ibrahim.

Memetik laporan yang dikeluarkan SNE Sports, Malaysia akan bermain dalam 2 perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim bertemu Turkmenistan dan satu pasukan lain (belum disahkan) dalam tetingkap kalendar FIFA pada Mac (20-28 Mac 2023).

Advertisements

Sebagai tambahan, Firdaus turut mendedahkan rancangan untuk menjemput pasukan kebangsaan India dan Palestine untuk mengambil bahagian dalam Piala Merdeka 2023 yang dijangka dilangsungkan Oktober ini.

Turkmenistan merupakan negara Asia yang kini berada di ranking ke-135 FIFA dan Malaysia pernah menewaskan Turkmenistan 3-1 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram