Jurulatih pasukan hoki remaja Australia, Jay Stacy mengakui bahawa Malaysia mampu memberi ancaman kepada anak-anak buahnya di dalam kumpulan A Piala Dunia Hoki Remaja 2023.
Beliau berkata bahawa skuad hoki remaja kebangsaan memiliki kemajuan yang baik dan perkembangan ini akan mematangkan (permainan) mereka pada masa hadapan.
“Saya fikir mereka semakin maju dan berkembang sepanjang masa dan pada masa akan datang lebih banyak pengalaman,” katanya ketika ditemubual Astro Arena.
Jurulatih berusia 50 tahun itu juga memuji kelebihan-kelebihan yang dimiliki pemain-pemain Malaysia terutama sekali dari segi aspek kepantasan dan berkebolehan tinggi di tambah pula sorakan padu peminat yang bakal melonjakkan lagi semangat pemain Malaysia.
“Mereka sangat pantas, mahir & mampu beraksi dengan baik di hadapan penyokong mereka sendiri,” tambah beliau lagi.
Dalam masa yang sama beliau menyeru orang ramai untuk hadir ke stadium untuk menonton perlawanan Australia menentang Malaysia pada Jumaat meskipun beliau sedar pada hari yang sama akan berlangsung perlawanan bola sepak yang penting (Final Piala Malaysia).
Skuad hoki remaja Malaysia yang diundi di kumpulan A akan memulakan kempen Piala Dunia Hoki Remaja 2023 dengan menentang Chile manakala Australia akan berhadapan juara bertahan, Argentina pada 5 Disember.