Malaysia Mampu Capai Sasaran Piala AFF B-23
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pengurus skuad B-23 Malaysia, Datuk Seri Shahril Mokhtar percaya pasukan itu mampu mara ke peringkat separuh akhir atau final Piala AFF B-23.

Pandangan peribadi beliau ini dibuat dengan mengambil kira majoriti pemain yang dipanggil jurulatih E. Elavarasan ialah pemain-pemain yang menjalani latihan pusat di Melaka pada Jun lepas.

Justeru, walaupun tanpa kelibat beberapa bintang utama seperti Mukhairi Ajmal dan Haqimi Azim, Shahril percaya keserasian yang wujud antara mereka mampu menjadi pemangkin kejayaan skuad negara di Piala AFF B-23.

Advertisements

“Saya rasa pendapat peribadi saya, dengan pasukan yang ada buat masa ini, walaupun beberapa tonggak utama tidak dapat dipanggil kerana (Piala) AFF ini bukannya dalam kalendar FIFA.

“Tetapi untuk makluman semua, lebih kurang 80% pemain yang kita panggil kali ini, yang 25 orang tu ialah pemain-pemain yang menghadiri sesi latihan di Melaka baru-baru ini.

“Jadi, in terms of chemistry, Insya Allah lah. In terms of target pula, saya yakin kita sekurang-kurangnya sampai ke peringkat separuh akhir, kalau tidak ke final,” katanya bila dihubungi Hafizal Hamad untuk program Nindia semalam.

Advertisements

Barisan 25 pemain kebangsaan ini akan menyertai latihan pusat pada 13 Ogos ini sebelum bertolak ke Thailand tiga hari selepas itu. Skuad B-23 negara bakal memulakan kempen Kumpulan B menentang Indonesia pada 18 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram