Advertisement
Malaysia Open: Aaron Chia-Wooi Yik Bertarung Hebat Singkirkan Regu Denmark
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu utama lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Woi Yiik beraksi dengan cukup cemerlang untuk membenam beregu Dennark, Rasmus Kjaer dan Frederik Soogard di kejohanan Malaysia Open 2024.

Aksi yang berlangsung di Axiata Arena itu menyaksikan kedua-dua beregut turun dengan motivasi terbaik untuk meraih kemenangan bagi melayakkan diri.

Permulaan kurang baik ditampilkan oleh wakil negara menerusi beberapa kesilapan mudah yang hampir memakan diri.

Beregu ke-4 dunia ini terus mempamerkan kebangkitan memasuki babak akhir permainan dengan situasi bertahan memberikan kelebihan buat wakil negara mencuri mata.

Keputusan set pertama bagaimanapun memihak kepada lawan dengan keputusan 22-20.

Bersambung set kedua, keputusan bagaimanapun memihak kepada Aaron dan Wooi Yik setelah selesa mendahului 11-6.

ni membawa kepada mata akhir memihak kepada Aaron-Wooi Yik dengan keputusan 21-13 termasuklah bagi aksi ketiga yang turut berakhir dengan keputusan sama.

Aaron Chia bagaimanapun tidak bernasib baik apabila bakal bertemu lawan senegara, Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei bagi aksi pusingan 16 terbaik.