Malaysia Open: Jaguh Korea Leburkan Impian Juara Aaron Chia-Wooi Yik
UltraSukan
BA Malaysia

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memberi tentangan sengit sebelum terpaksa akur dengan gelaran naib juara Malaysia Open 2026.

Beregu nombor dua dunia itu tewas kepada pilihan utama kejohanan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae dari Korea Selatan.

Selepas menewaskan Fajar Alfian-Shohibul Fikri di peringkat separuh akhir, Aaron-Wooi Yik bersemangat untuk meraih gelaran juara BWF Super 1000 pertama dalam karier mereka.

Kedua-dua masing-masing memiliki satu kemenangan. Kali terakhir kedua-dua regu bertemu ialah final Singapore Open 2025.

Aaron-Wooi Yik dipaksa bekerja keras oleh Won-ho-Seung-jae sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 15-21, 21-18, 21-19.

Set pertama menyaksikan kedua-dua beregu bersaing sengit mendapatkan mata. Beberapa kesilapan regu negara membolehkan Won-ho-Seung-jae mendahului pada kedudukan 11-9.

Aaron-Wooi Yik cuba mengejar tetapi jaguh Korea Selatan itu kekal tenang sebelum menang dengan keputusan 21-15.

Set kedua menyaksikan beregu negara bangkit. Aaron-Wooi Yik memanfaatkan siri kesilapan juara dunia 2025 itu untuk mendahului sebelum menang dengan keputusan 21-12.

Ini memaksa perlawanan diheret ke set penentuan. Aaron-Wooi Yik cuba bangkit tetapi kemenangan menjadi milik Won-ho-Seung-jae dengan keputusan 21-18.

Keputusan ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik terlepas peluang menjadi beregu lelaki Malaysia pertama bergelar juara sejak Goh V Shem-Lim Khim Wah melakukannya pada 2014.

Won-ho-Seung-jae menerima hadiah kemenangan berjumlah AS$107,300 (RM437,000) selaku juara. Aaron-Wooi Yik pula terpaksa berpuas hati dengan hadiah bernilai AS$50,750 (RM206,000) selaku naib juara.