Advertisement
Malaysia Panggil Tonggak Osaka Di Jepun
Harimau Malaya
MakanBola
FC Osaka

Malaysia menagih sentuhan tonggak kelab Jepun iaitu FC Osaka bagi membawa cabaran negara.

Skuad kendalian Pau Marti bakal menghadapi ujian di pentas Asia Tenggara apabila bakal berdepan Kemboja, Timor Leste, Thailand dan Singapura pada peringkat kumpulan.

Senarai 26 orang pemain baru sahaja diumumkan dengan beberapa watak baharu dan pemain muda mewarnai panggilan kali ini.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu memilih untuk mempertaruhkan nama-nama seperti Jimmy Raymond, Haritu Samsuri, Danial Amier, Daryl Sham, Najmuddin Akmal dan juga Pavithran.

Antara pemain yang menjadi tumpuan ialah tonggak FC Osaka, Muhammad Abu Khalil yang juga mendapat tempat dalam panggilan bersama skuad senior Harimau Malaya.

Tonggak berusia 19 tahun itu menyertai FC Osaka secara pinjaman dari Selangor FC dan difahamkan bakal berakhir pada Disember ini.

Beliau menjadi pemain tempatan kedua di luar negara yang mendapat panggilan membantu Harimau Malaya kali ini.

Muhammad akan membentuk persaingan sengit pada posisi tengah bersama Stuart Wilkin, Endrick Dos Santos, Syamer Kutty, Danial Amier dan juga Sergio Aguero.

Ujian pertama skuad kebangsaan adalah menentang Kemboja pada 8 Disember di tempat lawan sebelum melayan kunjungan Timor Leste pada 11 Disember.