Ads
Malaysia ‘Ratah’ Skuad Kedua Belgium
UltraSukan
MHC

Ketajaman sentuhan penyerang Malaysia, Faisal Saari membantu skuad hoki senior negara meraih kemenangan 3-2 ke atas Belgium B.

Advertisements

Kemenangan ini diraih dalam aksi ketiga Siri Perlawanan Persahabatan Eropah 2024 di Sportcentrum Wilrijkse Plein di Antwerp, Belgium pada 5 Julai lalu.

Advertisements

Skuad negara mengejutkan The Red Lions dengan mendahului seawal minit pertama menerusi Faisal. Beliau kemudiannya menambah koleksi gol pada minit ke-16.

Advertisements
Advertisements

Adik Faisal, Fitri Saari mencipta nama sebagai penjaring menerusi jaringan padang pada minit ke-29.

The Red Lions kemudiannya cuba bangkit dengan menyumbat dua gol pada minit ke-44 dan ke-57. Walau bagaimanapun, itu sudah terlambat untuk menghalang skuad negara daripada meraikan kemenangan mereka.

Advertisements

Jurulatih The Speedy Tigers, Sarjit Singh berpuas hati dengan peningkatan yang dipamerkan anak buahnya. Beliau berharap prestasi ini dapat dibawa apabila mereka bertolak ke Jerman selepas ini.

“Memang tidak diragui pasukan negara bermain baik sewaktu menentang skuad Belgium ‘B’ dalam ketiga-tiga aksi persahabatan. Kami menang dalam dua perlawanan sukar dan sekali kalah.

“Apa yang lebih penting ialah persembahan pasukan dalam setiap perlawanan,” katanya seperti yang dipetik laman sesawang Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Malaysia selepas ini akan berdepan skuad hoki Jerman di Monchengladbach pada 7 Julai. Ini disusuli satu lagi aksi persahabatan menentang Kelab Hoki Monchengladbach pada 9 Julai.

Advertisements

Jelajah The Speedy Tigers di Eropah ini merupakan sebahagian daripada persiapan skuad negara untuk menghadapi Sukan Asia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram