Malaysia Sah Mara Ke Thomas Cup 2026
UltraSukan
BA Malaysia

Malaysia mengesahkan kemaraan ke saingan Thomas Cup 2026 menerusi satu perkongsian oleh ShuttleHard.

Meskipun kontinjen negara gagal layak secara merit sebagai semi-finalis dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) baru-baru ini, Malaysia tetap layak atas faktor ranking.

Kelebihan ranking Malaysia yang baik membolehkan kontinjen negara antara tiga negara Asia yang mara ke kejohanan berprestij itu.

Selain Malaysia, India dan Thailand masing-masing turut mengesahkan kemaraan ke Thomas Cup atas faktor sama.

Undian peringkat kumpulan kejohanan itu bakal diadakan pada 18 Mac ini. Malaysia berada dalam Balang 2 bersama Perancis, Denmark dan India.

China, Indonesia, Chinese Taipei dan Jepun pula berada di Balang 1. Korea Selatan, England, Thailand dan Kanada pula berada di Balang 3.

Jerman, Sweden, Australia dan Algeria pula melengkapkan senarai pasukan dalam Balang 4. Edisi 2024 menyaksikan Malaysia terkandas di separuh akhir apabila tewas 3-1 kepada juara bertahan, China.