Malaysia Sedia Anjurkan Hoki Piala Dunia
UltraSukan
MHC
Advertisements

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal melihat negara sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025.

Kenyataan ini dibuat kepada media selepas majlis pengenalan jersi skuad Young Tigers dan penyerahan tajaan Piala Dunia Remaja 2023 yang berlangsung semalam.

“Masa itu kalau FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa) minta kita anjurkan lebih banyak kejohanan, kita sedia pertimbang anjurkan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025.

Advertisements

“Kita sedang mempertimbang untuk menganjurkan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan kerana kita semakin bagus dalam acara hoki dalam dewan,” katanya kepada media seperti dilaporkan Nadi Arena.

Subahan melihat idea penganjuran kejohanan itu sebagai idea yang bernas memandangkan sukan hoki dalam dewan lebih sinonim dengan golongan muda.

Advertisements

Selain itu, ia dilihat satu platform sesuai untuk membina skuad hoki dalam dewan negara yang lebih mantap untuk kejohanan antarabangsa terutama untuk Sukan SEA 2025.

“Kita fokus kepada hoki dalam dewan kerana acara ini lebih sinonim dengan anak-anak muda seperti pelajar-pelajar universiti. Jadi, saya fikir hoki dalam dewan ialah satu langkah ke hadapan (buat Malaysia).

Advertisements

“Dan seperti yang kita tahu hoki dalam dewan sudah dipertandingkan dalam Sukan SEA. Sukan SEA seterusnya pun ada hoki dalam dewan. Jadi, kita harap Sukan Asia pun ada hoki dalam dewan,” tambahnya lagi.

Ketika ini, fokus MHC ialah mempersiapkan cabaran skuad remaja negara untuk Piala Dunia Remaja 2023. Kejohanan tersebut bakal membuka tirainya pada 5 Disember ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram