Malaysia Sedia Bentuk Kerjasama Dengan Australia
FAM
FA Malaysia
Advertisements

Di sebalik peningkatan dalam arena bola sepak negara, masih ada aspek yang boleh ditambahbaik. Jadi, tidak hairanlah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ingin meneroka peluang kerjasama dengan Bola Sepak Australia (FA) dalam pelbagai segi termasuk bola sepak wanita.

Ini selepas satu delegasi FA mengadakan kunjungan hormat ke atas FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya pagi tadi. Delegasi FA yang diketuai Pengurus Besar Projek Strategik dan Kerjasama Antarabangsa, Kieran Lilley ini bukan saja melakukan kunjungan hormat tetapi juga mempromosikan Piala Dunia Wanita 2023 yang bakal diadakan di Australia dan New Zealand.

Selain Lilley, delegasi ini turut disertai oleh Koordinator Kerjasama Antarabangsa, Thomas Engelhardt, bekas pemain skuad bola sepak wanita kebangsaan Australia, Servet Uzunlar, pemain skuad junior bola sepak wanita kebangsaan Australia, Emma Ilijoski dan Pengurus Diplomasi Awam Suruhanjaya Tinggi Australia, Jason Moynihan.

Advertisements

Dalam perkongsian FAM di Instagram, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin turut meluangkan masa bersama delegasi FA dan mengadakan perbincangan tentang bentuk kerjasama yang boleh diatur antara FAM dengan FA.

Peluang kerjasama ini dilihat penting dalam banyak segi terutama akar umbi dan bola sepak wanita. Dengan Australia ketika ini menduduki ranking ke-10 FIFA untuk pasukan bola sepak wanita, pengalaman mereka membangunkan bola sepak wanita sudah pasti mahu ditagih FAM bagi memajukan aspek berkenaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram