Malaysia tidak melayan keinginan India untuk beraksi dalam saingan Pestabola Merdeka 2024.
Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan bahawa akan menganjurkan Pestabola Merdeka buat kali kedua berturut-turut sejak sekian lama tidak diadakan.
India sebelum ini di bawah kendalian Igor Stimac masih menyimpan hasrat untuk bersaing di Malaysia susulan kekalahan 4-2 kepada Harimau Malaya tahun lalu.
Usaha itu bagaimanapun terbantut selepas pengendali kelahiran Croatia itu telah pun berpisah dengan pasukan kebangsaan tersebut.
Malaysia juga telah memilih tiga negara untuk bersaing dalam Pestabola Merdeka 2024 iaitu juara bertahan, Tajikistan, Lubnan dan juga Filipina.
Kekecewaan India ini bagaimanapun terubat apabila mereka mengesahkan penyertaan dalam aksi tiga penjuru di Vietnam.
India akan bertemu Vietnam dan Lubnan sebagai aksi pemanas badan menjelang aksi pentinf tahun hadapan iaitu Kelayakan Piala Asia 2027.
India mengalami penurunan mendadak ranking FIFA selepas mengalami beberapa siri kekecewaan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.