Malaysia Tewaskan Turkmenistan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Hasrat Turkmenistan untuk menebus kekalahan di Kelayakan Piala Asia di Bukit Jalil tahun lepas tidak kesampaian selepas tewas 1-0 kepada Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim.

Jaringan tunggal Akhyar Rashid pada minit ke-29 memastikan Malaysia membawa pulang lebih 5 mata ranking FIFA selepas berjaya menewaskan Turkmenistan 1-0.

Turkmenistan memberi amaran kepada Malaysia seawal minit pertama menerusi satu sepakan deras pemain Turkmenistan, Hojayev Resul dari luar kotak penalti namun sedikit tersasar ke kiri gawang Syihan Hazmi.

Advertisements

Dion Cools hampir meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-25 menerusi sepakan percuma namun sepakannya berjaya ditepis penjaga gawang Turkmenistan, Charyyev Rasul.

Malaysia akhirnya memecah kebuntungan jaringan pada minit ke-29 menerusi satu serangan balas disudahkan kemas oleh Akhyar Rashid.

Hantaran dari jauh oleh Corbin-ong dimanfaatkan Akhyar Rashid sekaligus menggembirakan sekitar 5000 penyokong yang hadir memberikan sokongan di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Turkmenistan cuba mencari jaringan pernyamaan dan hampir memperolehnya pada minit ke-31 hasil tandukan Hojayev Resul namun ia tersasar ke tepi gawang Malaysia.

Faisal Halim hampir menggandakan kelebihan buat Malaysia pada minit ke-35 namun sepakan kaki kirinya berjaya ditepis penjaga gawang Turkmenistan.

Bersambung babak ke-2, Turkmenistan memperkemas corak permainan dan beberapa kali melakukan beberapa percubaan berbahaya.

Advertisements

Turkmenistan hampir menghukum kealpaan barisan pertahan Malaysia pada minit ke-82 namun kedua-dua sepakan deras dari jarak jauh berjaya ditepis Syihan Hazmi.

Perlawanan tamat dengan Malaysia berjaya menewaskan Turkmenistan 1-0.

Malaysia dijadualkankan bertemu Hong Kong pada 28 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram