Manchester United berdepan risiko akan tersingkir ke Europa Conference League walaupun mereka menjuarai Piala FA pada final lepas.
Kemenangan 2-1 Man United ke atas Man City pada hari Sabtu lepas menyaksikan mereka menamatkan musim yang sukar dengan cemerlang dan layak ke Europa League musim depan.
Sungguhpun begitu, pemilik majoriti, Sir Jim Ratcliffe ke atas kelab Perancis Nice boleh menyebabkan berlakunya isu di bawah peraturan “pemilikan pelbagai kelab UEFA”.
Peningkatan saham pemilikan Ineos dalam Man United mungkin menyaksikan Red Devils tersingkir ke Europa Conference League.
Chelsea telah tersingkir ke Europa Conference League daripada Europa League, manakala Newcastle tersingkir sepenuhnya daripada persaingan Eropah.
Bagaimanapun, Man United tidak lama lagi boleh menyertai Chelsea di peringkat ketiga bola sepak Eropah.
Perkara ini disebabkan syarikat Sir Jim Ratcliffe Ineos memiliki Nice. Ratcliffe, 71, membuat pembelian sebanyak £88.77 juta (RM531.77 juta) untuk pasukan Ligue 1 itu pada 2019.
Musim ini kelab itu berjaya menempah tempat Europa League selepas menduduki tempat ke-5 dalam liga utama Perancis.
Ratcliffe dan rakannya kini turut mempunyai 27.7 peratus kepentingan pemilikan saham dalam Man United, ia mungkin menimbulkan masalah kepada pasukan Old Trafford di bawah peraturan pemilikan pelbagai kelab UEFA.
Menurut L’Equipe, Ineos telah merancang untuk melabur lagi £245 juta (RM1,467.66 juta) untuk kerja-kerja infrastruktur yang akan menaikan pemilikan saham mereka kepada lebih daripada 30 peratus.
Melepasi tanda aras 30 peratus pemilikan ini akan menyebabkan Ineos melanggar peraturan pemilikan pelbagai kelab dan memaksa salah satu pasukan diturunkan ke Europa Conference League.
Kebiasaannya, Nice akan diberi tempat mengatasi Man United kerana kedudukan liga yang lebih tinggi dengan Man United menduduki tempat ke-8 dalam Liga Perdana.
Akan tetapi, kemenangan dalam Piala FA mungkin menyaksikan Man United diutamakan untuk Ineos sekiranya keputusan perlu dibuat dalam hal ini.
Perkara 5.01 b. daripada peraturan UEFA menyatakan tiada individu “boleh terlibat secara serentak, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam apa jua kapasiti dalam pengurusan, pentadbiran dan/atau prestasi sukan lebih daripada satu kelab yang menyertai pertandingan kelab UEFA.”
Ini akan menyaksikan Man United disingkirkan sepenuhnya dari bola sepak Eropah. Nasib baik bagi mereka, pada Mac UEFA melonggarkan peraturan mengenai pemilikan pelbagai kelab menjelang musim 2024/25.
Artikel 5.04 kini mengatakan kelab yang digantikan dalam satu pertandingan “masih boleh diterima masuk ke pertandingan kelab UEFA yang lain (iaitu dalam susunan menurun, UEFA Europa League atau UEFA Conference League) yang mana persatuan kebangsaan yang berkaitan mempunyai akses.
Awal musim ini, Brighton dan Aston Villa hanya dibenarkan bermain dalam pertandingan UEFA apabila pemiliknya mengurangkan kepentingan mereka dalam kelab itu kepada bawah 30 peratus.
Ineos mengeluarkan kenyataan sebagai tindak balas kepada ancaman itu. Mereka berkata: “Kami sedar kedudukan kedua-dua kelab dan kami sedang berbincang secara langsung”.
“Kami yakin bahawa kami mempunyai penyelesaian untuk musim depan di Eropah.”
Manchester United telah memenangi rekod 20 kejuaraan dalam liga utama, 13 Piala FA, 6 Piala Liga dan rekod 21 Perisai Komuniti FA.
Selain itu, dalam bola sepak antarabangsa, mereka telah memenangi Piala Eropah/Liga Juara UEFA tiga kali, dan Liga Europa UEFA, Piala Pemenang Piala UEFA, Piala Super UEFA, Piala Antara Benua dan Piala Dunia Kelab FIFA sekali.
Sir James Arthur Ratcliffe ialah seorang jutawan British, beliau seorang jurutera kimia dan ahli perniagaan. Ratcliffe adalah pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan bahan kimia INEOS, yang diasaskannya pada 1998.
Pada Mei 2018, Ratcliffe ialah orang terkaya di UK, dengan nilai bersih £21.05 bilion (RM126.10 bilion). Sehingga Mei 2023, Sunday Times Rich List 2023 menganggarkan nilai bersihnya pada £29.688 bilion (RM1,77.86 bilion), menjadikannya tokoh kedua terkaya di UK.
Pada September 2020, Ratcliffe secara rasmi menukar pembayaran cukainya dari Hampshire ke Monaco, satu langkah yang dianggarkan akan menjimatkan cukai sehingga £4 bilion (RM23.96 bilion).
Pada Februari 2024, Ratcliffe menjadi pemegang saham minoriti dalam kelab bola sepak Inggeris Manchester United dan diberi kuasa untuk mengawal operasi sukan.