Prestasi hambar Manchester United bukan sekadar mengecewakan penyokong setia mereka malah turut membuat seorang kanak-kanak menangis.
United merekodkan kekalahan ke-8 liga setelah kalah 2-0 ke atas West Ham dan kini United jatuh ke tangga ke-8 liga.
Peminat setia cilik itu ditangkap kamera sedang menangis kesedihan ketika perlawanan memasuki minit ke-80 dimana anak buah kendalian Erik Ten Hag sudah ketinggalan 2 gol.
United gagal menampilkan corak permainan efektif untuk membolosi gawang gol West Ham sekali gus merekodkan kemarau jaringan dalam 4 perlawanan terakhir United.
Berdasarkan statistik, United dibolosi 23 kali dalam 18 perlawanan liga namun aksi tumpul para pemain serangan United menyaksikan pasukan itu hanya mampu menjaringkan 18 gol.

Erik Ten Hag bagaimanapun mempertahankan gaya permainan United apabila memuji pasukannya tampil menguasai bola sehingga minit ke-70 permainan menurut Sport Bible.
Prestasi Manchester United yang tidak konsisten musim ini telah merisaukan penyokong setia The Red Devils.
United akan menentang Aston Villa pada 27 Disember ini digelanggang keramat Stadium Old Trafford.