Transfer
estevaowilian_
Advertisements

Gergasi bola sepak England, Manchester United kini sedang merangka projek jangka panjang untuk membentuk skuad lebih mantap pada masa depan.

Advertisements

United difahamkan kini sedang berlumba dengan kelab-kelab besar yang lain seperti Manchester City, Paris Saint Germain (PSG) dan Barcelona untuk menyambar khidmat bintang muda Palmeiras, Estevao Willian.

Estevao Willian atau lebih dikenali dengan gelaran Messinho adalah bakat muda berusia 16 tahun yang telah menarik minat beberapa kelab besar eropah dengan kelicikan dan kawalan bola luar biasa seperti bintang dunia, Lionel Messi.

Advertisements

Selain mempunyai larian deras, Estevao juga dilihat selesa menggunakan kedua-dua belah kakinya untuk melepaskan rembatan ke gol lawan.

Ianya bukanlah satu tugas yang mudah buat kelab-kelab tersebut untuk mendapatkan Estevao disebabkan pemain itu masih mempunyai baki kontrak bersama Palmeiras sehingga Jun 2026.

Advertisements

Jika kelab-kelab tersebut tetap mahukan khidmat Estevao, bayaran sebanyak 60 juta pound perlu dibayar kepada Palmeiras bagi mengaktifkan klausa pelepasan.

Buat masa ini, Esetevao akan terus beraksi buat Palmeiras dan mencuba sehabis baik untuk muncul dalam sebanyak mungkin perlawanan bagi Palmeiras tahun hadapan.

Estevao hanya akan dibenarkan berhijrah ke eropah pada tahun 2025 di mana pada waktu itu, usianya sudah mencapai 18 tahun.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram