“Mana Pearly Tan?”
UltraSukan
BA Thailand

Sebab ketiadaan Pearly Tan dalam gambar terbaru kontinjen Malaysia ke Thomas Cup dan Uber Cup baru-baru ini akhirnya terjawab.

Sebelum ini, ramai peminat badminton negara tertanya-tanya tentang ketiadaan beliau dalam gambar yang dikongsikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Susulan itu, seorang peminat menulis komen ini, “Bagaimana dengan Pearly?” Seorang peminat lain memaklumkan dia harus merujuk kepada akaun Instagram Pearly.

Ini kerana pemain berusia 26 tahun itu menyatakan beliau tiada kerana menjalani pemeriksaan MRI.

Ini dilihat ada kaitan dengan kecederaan belakang yang dialami Pearly ketika saingan Badminton Asia Championships (BAC) 2026 baru-baru ini.

Isu tersebut turut mengakibatkan Pearly dan M. Thinaah tidak dapat memberi saingan sengit kepada beregu nombor sembilan dunia, Li Yi Jing-Luo Xu Min di peringkat suku akhir BAC.

Naib juara dunia beregu wanita itu kemudiannya berkongsi keadaan terbarunya menerusi satu hantaran di Instagram Story.

WhatsApp Image 2026 04 15 at 02.06.55 “Mana Pearly Tan?”

“Saya akan cuba pulih secepat mungkin,” katanya. Hantaran tersebut turut menunjukkan kiropraktor Pearly, Ng Yin Luo membantu proses pemulihan beliau.

Pearly-Thinaah mengetuai cabaran Malaysia ke Uber Cup yang akan berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei ini.