Peminat Kedah Darul Aman mula tertanya tentang kelibat penyerang berbisa, Syafiq Ahmad.
Aksi antara KL City dan Kedah menyaksikan perubahan 360 darjah dalam skuad kendalian Nafuzi Zain memasuki aksi ke-10 Liga Super.
Sang Kenari hanya menurunkan skuad B-23 di Stadium Cheras dengan hampir semua pemain utama pasukan tidak lagi berada dalam skuad.
Ketiadaan watak penting pasukan jelas menimbulkan tanda tanya peminat bola sepak Kedah di samping tamparan hebat apabila tunduk 5-0 di tangan The City Boys.
Peminat Kedah dilihat mula merindui watak penting yang mewarnai skuad pada musim 2024/25 termasuklah pemain pinjaman iaitu Syafiq Ahmad.
“Mana Syafiq Ahmad,” tanya peminat setia pasukan, Emir Danish.
Terdapat sebilangan penyokong yang bersimpati terhadap nasib Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain yang telah memacu kejayaan pasukan sebelum ini.
“Kesian Nafuzi Zain. Saya doakan yang terbaik untuk Kedah,” luah Hamizan di ruangan komen KDA FC.
Status Syafiq ketika ini masih tidak dapat dipastikan sama ada pulang ke pangkuan JDT atau masih bersama Kedah ketika ini.
Kedah Darul Aman kini menghuni tangga ke-11 selepas 9 perlawanan dengan hanya 8 mata dan bakal melaayan kunjungan Sri Pahang pada 20 September 2024.