EPL: Macam ‘Main Futsal’, Manchester City Malukan Manchester United di Old Trafford
EPL
Reuters
Advertisements

Manchester United dimalukan musuh utama pasukan berkenaan, Manchester City di Old Trafford selepas tewas 0-2 menerusi jaringan sendiri Eric Bailly dan Bernando Silva.

Tuan rumah tersentak awal menerusi jaringan sendiri Eric Bailly yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-7.

Ronaldo hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan one-touch pada minit ke-26 namun berjaya ditepis Ederson.

Advertisements

Kevin De Burn hampir menambah derita pasukan Manchester United pada minit ke-33 namun sepakan derasnya berjaya dihalang David Da Gea yang beberapa kali menyelamatkan gawang Manchester United dari terus dibolosi.

Serangan bertalis arus Manchester City akhirnya menghukum barisan pertahanan United buat kali ke-2 menerusi sentuhan akhir Bernando Silva menjadikan keputusan 0-2 sebelum tiupan wisel separuh masa pertama tamat.

Bersambung babak ke-2, Manchester United membuat beberapa pertukaran namun segalanya seperti tidak menjadi dan keputusan kekal dengan Manchester City menewaskan Manchester United 0-2 di Old Trafford.

Advertisements

Nasib pengurus United, Ole Gunnar Solskjær pula kini ibarat di hujung tanduk dengan kekalahan ke atas musuh tradisi Liverpool dan Manchester City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram