Ads
Eropah
Manchester United

Walaupun liga baru bermula, Manchester United kini perlu memikirkan pelan jangka masa panjang setelah berisiko hilang 8 pemain secara percuma menjelang tahun 2024.

Advertisements

Manchester United kini mempunyai 8 pemain yang bakal tamat kontrak pada akhir musim ini.

Advertisements

Anthony Martial, Victor Lindelof dan Aaron Wan-Bissaka kini telah memasuki tahun akhir kontrak mereka bersama United dan ketika ini masih belum ada sebarang rundingan pembaharuan kontrak.

Advertisements

Advertisements

Ini bermakna Martial bakal bergelar ejen bebas pada akhir musim ini manakala United masih berpeluang mengikat semusim lagi khidmat Lindelof dan Wan-Bissaka yang mempunyai klausa tambahan 1 tahun.

Namun perkara tersebut bergantung kepada pengurus Erik Ten Hag sama ada ingin menyambung khidmat pemain tersebut atau melepaskan 3 pemain itu secara percuma.

Advertisements

Lebih teruk, United akan kerugian sebanyak £118 juta jika melepaskan 3 pemain itu secara percuma akhir musim ini menurut Sport Bible.

Pemain akademi United, Hannibal Mejbri juga bakal tamat akhir musim ini namun beliau mempunyai klausa tambahan 1 tahun. Prestasi semasa Hannibal memberi petanda pemain ini bakal kekal bersama United untuk musim seterusnya.

Selain itu, Jonny Evans dan Tom Heaton juga berkemungkinan akan dilepaskan akhir musim ini.

Pemain pinjaman, Sergio Reguilon hanya akan beraksi selama semusim tanpa klausa pembelian malah United turut mempunyai pilihan menamatkan kontrak lebih awal pada Januari 2024.

Ini bermakna United perlu melaburkan wang pada musim panas hadapan membeli Reguilon jika ingin pemain itu terus menyarung jersi Red Devils.

Seorang lagi ialah Sofyan Amrabat yang dibawa masuk selaku pemain pinjaman. Walaupun mempunyai klausa pembelian tetap berharga £20 juta, Amrabat masih perlu mempamerkan aksi cemerlang jika mahu United mengaktifkan klausa tersebut.

Erik Ten Hag perlu pantas membuat keputusan sama ada ingin mengekalkan khidmat 8 pemain iaitu Martial, Lindelof, Wan-Bissaka, Hannibal, Evans, Heaton, Reguilon dan Amrabat ataupun sebaliknya.

Advertisements

8 pemain ini berpeluang meninggalkan kelab secara percuma pada akhir musim ini jika tiada sebarang rundingan pembaharuan kontrak dibuat oleh United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram