Manchester United Buru Jurulatih Buangan Chelsea
Transfer
Chelsea FC
Advertisements

Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United dilaporkan berminat untuk melantik bekas jurulatih Chelsea, Graham Potter sebagai jurulatih baharu menggantikan Erik ten Hag.

Khabar angin bertiup kencang selepas prestasi terumbang-ambing kelab Manchester tersebut sejak beberapa perlawanan lalu yang telah merugikan pasukan.

Disebabkan prestasi kurang konsisten itu, posisi Erik ten Hag sebagai jurulatih pasukan kini dalam keadaan bahaya selepas beberapa laporan mendakwa khidmat beliau akan ditamatkan dalam masa terdekat.

Advertisements

Manchester United di bawah kendalian Erik ten Hag kini sekadar meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir dalam semua kejohanan selain tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Satu ciapan dari akaun X Transfer News Live melaporkan bahawa bekas jurulatih Chelsea, Graham Potter dikatakan antara calon yang bakal menggantikan tempat Erik Ten Hag.

Advertisements

Graham Potter dilihat calon yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki dalam mengendalikan beberapa pasukan terkemuka di England seperti Chelsea, Brighton and Hove Albion dan juga Swansea.

Jurulatih berusia 48 tahun itu kini masih bergelar ejen bebas sejak dipecat oleh Chelsea pada April 2023 dan tidak menerima sebarang tawaran walaupun dikaitkan dengan beberapa pasukan pada musim panas yang lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram