Advertisement
Manchester United Pamer Kebangkitan Luar Biasa Tewaskan Bodo
Eropah
MakanBola
Manchester United

Ruben Amorim meraih kemenangan penting pertamanya sebagai pengurus Manchester United selepas Red Devils berjaya menewaskan Bodo/Glimt 3-2 dalam aksi UEFA Europa League yang penuh dramatik.

Debut Amorim dalam saingan Liga Perdana Inggeris minggu lalu hanya berakhir dengan keputusan seri 1-1 menentang Ipswich Town. Di pentas Eropah di Old Trafford, beliau kelihatan gelisah sepanjang perlawanan.

Marcus Rashford mencipta gol awal dalam masa 90 saat ketika menentang Ipswich, tetapi Alejandro Garnacho melangkah lebih jauh dalam perlawanan ini apabila menjaringkan gol seawal minit pertama.

Namun, kesilapan pertahanan Bodo/Glimt membuka peluang untuk Garnacho memecah kebuntuan, sebelum kelemahan pertahanan United menjadi tumpuan sebelum perlawanan mencecah 30 minit.

Hakon Evjen menyamakan kedudukan dengan rembatan jarak jauh yang mengagumkan, dan Philip Zinckernagel berjaya melepasi benteng pertahanan United untuk membawa pasukan pelawat di hadapan.

Rasmus Hojlund pantas menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama dengan penyudah yang cemerlang. Pemain dari Denmark itu sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan selepas rehat.

Walaupun kemenangan ini memberikan kelegaan kepada Amorim, ia juga membuka lebih banyak persoalan terhadap kemampuan jurulatih dari Portugal itu untuk membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, rata-rata penyokong United menzahirkan sokongan penuh terhadap Amorim dan berpendapat, perlawanan menentang Bodo sebagai manifestasi sebenar United yang sebelum ini dilihat beraksi tanpa identiti di bawah kepimpinan ten Hag.