Eropah
Getty Images
Advertisements

Manchester United kini tidak dibenarkan membeli pemain baharu sehingga mereka menjual beberapa pemain terlebih dahulu ekoran peraturan kewangan kelab (FFP).

Advertisements

Ini menjadi masalah utama United dalam memuktamadkan perpindahan Sofyan Amrabat apabila United hanya boleh membelanjakan £15 juta berdasarkan situasi semasa kewangan kelab menurut laporan Sport Bible.

Manchester United berkemungkinan akan didenda ataupun digantung oleh UEFA jika mereka berbelanja lebih daripada jumlah tersebut. Sebelum ini United telah didenda ekoran kesalahan kewangan ketika dalam tempoh pandemik Covid-19 oleh FIFA.

Advertisements

Ini kerana prestasi kewangan kelab yang lemah berdasarkan urusan jual beli pemain. Malah United telah berbelanja sebanyak £165 juta untuk musim ini bagi 3 pemain baharu (Hojlund, Mount & Onana).

Ini menyebabkan United sukar untuk membeli Sofyan Amrabat setelah Fiorentina menginginkan £20-30 juta buat pemain berkenaan dan tidak ingin melepaskan Amrabat secara pinjaman.

Advertisements

Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila beberapa pemain utama United telah ditimpa kecederaan dan bakal terlepas beberapa perlawanan penting seperti Luke Shaw, Raphael Varane dan Mason Mount.

Erik Ten Hag ketika ini mahu kelab mendapatkan Sofyan Amrabat bagi meningkatkan kualiti bahagian tengah pasukan dan turut memburu pemain pertahanan kiri iaitu Marc Cucurella dan Marcos Alonso sebagai pengganti Luke Shaw.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram