Manuel Hidalgo Kunci Kedah Rampas Slot Asia
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Dengan Liga Super kini berbaki lima perlawanan, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) perlu berharap Manuel Hidalgo tidak berdepan sebarang isu bila memburu slot Piala AFC.

Selepas keputusan seri 3-3 dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) minggu lepas, pemain sayap Argentina itu telah merekodkan 21 penampilan dalam liga. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menjaringkan empat gol dan mencipta 10 bantuan gol.

Menariknya, tempoh sama turut menyaksikan Hidalgo tidak mengalami kecederaan atau menjalani penggantungan. Ini sedikit sebanyak membantu Kedah mengumpul 44 mata, lima mata di belakang Selangor FC.

Advertisements

Bermula pada musim hadapan, juara liga saja yang berpeluang layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL). Manakala naib juara layak secara automatik ke peringkat kumpulan Piala AFC.

Dengan kelebihan satu perlawanan dan jurang lima mata memisahkan mereka dengan Merah Kuning, slot Piala AFC kini menjadi buruan Sang Kenari selepas gagal mara lebih jauh dalam Piala FA dan Piala Malaysia.

Dengan Kedah kali terakhir beraksi dalam Piala AFC pada tahun lepas, jurulatih Nafuzi Zain melihat layak secara merit sebagai pencapaian terbaik mereka musim ini.

Advertisements

Begitupun, Nafuzi perlu berharap Hidalgo tidak dikenakan penggantungan atau tidak mengalami kecederaan untuk baki aksi Liga Super dan Piala Cabaran MFL. Ini kerana jika itu berlaku, Kedah akan berdepan kesukaran memburu Selangor untuk merebut slot Piala AFC.

Beliau kini hanya memerlukan tiga gol bagi menyamai rekod yang dicipta bersama Sri Pahang FC pada 2022. Musim tersebut menyaksikan Hidalgo merekodkan tujuh gol dan 10 bantuan gol bersama Tok Gajah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram