Manuel Hidalgo Tepis Dakwaan Bakal Ke Indonesia
Liga Super
Haziq / MakanBola
Advertisements

Pemain sayap lincah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Hidalgo baru-baru ini telah pun dikaitkan dengan perpindahan ke Indonesia. Namun tiada apa-apa pengumuman rasmi dari mana-mana pihak berkenaan perkara tersebut.

Ketika ditemubual Makanbola selepas aksi Liga Super di antara KDA FC dan Selangor FC semalam, Hidalgo mengesahkan bahawa perkara itu tidak benar dan beliau kini hanya meletakkan fokus sepenuhnya kepada pasukan Kedah.

“Ya saya ada mendengar berita itu (perpindahan ke kelab Indonesia) namun saya tidak menerima apa-apa. Karier saya kini bersama Kedah dan saya memberi fokus sepenuhnya bersama pasukan Kedah,” jelas Hidalgo selepas tamat perlawanan semalam.

Advertisements

Dalam pada itu, Hidalgo jelas kecewa dengan keputusan perlawanan menentang Selangor yang mana menyaksikan Kedah tewas 2-3 kepada ‘Gergasi Merah’.

“Ianya perlawanan yang sangat sukar (menentang Selangor). Saya rasa kami sudah mempamerkan usaha yang baik namun kami kecewa dengan keputusan pengadil dan kami kehilangan tiga mata.

“Kami ada melakukan kesilapan dan saya rasa kami akan meningkat perlawanan demi perlawanan. Saya tak tahu kad merah itu adalah benar-benar kad merah,” jelas Hidalgo lagi.

Advertisements

Kedah kini berada di tangga ke-5 Liga Super dengan mengumpul 22 mata daripada 12 perlawanan yang telah pun dilalui. Untuk aksi seterusnya, Kedah bakal melayan kunjungan Sabah FC di Stadium Darul Aman pada 2 Jun depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram