Ads
Transfer
Kedah Darul Aman FC

Pemain sayap lincah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Hidalgo bukanlah nama yang asing dalam bola sepak Malaysia apabila telah beraksi di negara ini sejak Mei 2021 lagi.

Advertisements

Menyertai Kedah sejak awal musim ini, Hidalgo merupakan antara tunjang kepada kemantapan skuad Kedah di bawah kendalian Nafuzi Zain.

Advertisements

Baru-baru ini terdapat desas-desus yang mengatakan pemain dari Argentina ini bakal berhijrah ke Indonesia untuk menyertai kelab gergasi, Persib Bandung.

Advertisements

Advertisements

Walau bagaimanapun, desas-desus tersebut dikhabarkan tidak menjadi kenyataan apabila pemain berusia 24 tahun itu dikatakan telah menolak tawaran dari Persib Bandung kendalian Bojan Hodak.

Berita tersebut telah dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran melalui satu ciapan di laman X milik beliau.

Advertisements

“Difahamkan Persib Bandung cuba mendekati Manuel Hidalgo tetapi pemain Argentina itu memutuskan untuk kekal bersama Kedah dan menamatkan musim bersama mereka,” coret T. Avineshwaran di laman X.

Sudah pasti berita ini melegakan penyokong Kedah yang sememangnya masih belum puas melihat aksi Hidalgo di atas padang.

Kedah kini berada di landasan terbaik untuk ke pentas asia apabila menghuni tangga ketiga Liga Super. Hanya dipisahkan 2 mata daripada pasukan di tangga kedua, Selangor FC.

Advertisements

Kedah dan Selangor akan bertemu dalam aksi Liga Super pada Sabtu ini 2 Disember di Stadium Darul Aman. Perlawanan hangat itu dikatakan sebagai penentu pasukan manakah yang akan ke pentas asia musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram