Advertising
Manuel Ott Sah Tinggalkan Kedah
MakanBola
KDA FC

Ketua pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Ott sah meninggalkan Sang Kenari dan difahamkan akan kembali ke bekas pasukannya, Terengganu FC.

Berita pengunduran Ott dari kem Kedah itu telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di laman X.

Ad

“Manuel Ott sah ucap selamat tinggal selepas semusim bersama Kedah dan difahamkan kembali ke Terengganu,” umum Zulhelmi di laman X.

Ad

Terkini, Kedah turut mengumumkan kehilangan Manuel Ott untuk saingan musim baharu dengan satu persetujuan bersama telah dicapai di antara pihak kelab dan juga Ott.

KDA FC dengan ini mengumumkan Manuel Ott, pemain yang memainkan peranan penting musim lepas sebagai ketua pasukan untuk pasukan Sang Kenari membawa haluan berbeza musim hadapan.

Ad

“Selepas beberapa perbincangan dan pertimbangan bersama antara pengurusan kelab dan Manuel Ott, dengan emosi bercampur-baur kami mengumumkan persetujuan bersama mengenai pemergian Manuel Ott dari KDA FC.

Ad

“Sepanjang musim ini, Manuel Ott telah mempamerkan dedikasi yang tinggi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap prestasi KDA FC. Persembahan luar biasa beliau di atas padang telah meninggalkan kesan yang besar di hati peminat, dan sumbangan beliau kepada keputusan perlawanan pasukan akan sentiasa diingati dengan penuh memori sebagai 4 pasukan terbaik liga musim ini,” umum KDA FC di laman Facebook.

Ad

Masa depan Manuel Ott bersama Kedah sebelum ini menjadi tanda tanya selepas kelibat pemain kebangsaan Filipina itu tidak kelihatan dalam sesi latihan pra-musim bersama rakan-rakan sepasukannya yang lain di Stadium Sultan Abdul Halim tempoh hari.

Untuk musim lepas, Manuel Ott telah beraksi dalam 28 perlawanan bersama Kedah untuk semua kejohanan termasuk Piala Cabaran MFL. Daripada 28 penampilan musim lalu, Ott berjaya meledak 6 jaringan selain turut menyumbang tiga bantuan gol.

Jika pengunduran Ott benar-benar terjadi, ini bermakna Kedah telah melepaskan kesemua pemain import yang beraksi untuk musim 2023. Antara import yang telah dilepaskan Kedah adalah Moses Atede, Amirbek Juraboev, Manuel Hidalgo, Bojan Ciger dan Ifedayo Olusegun.