Manzoor Azwira Mahu Cungkil Lebih Ramai Bakat Muda Penang Ke Liga Super
Liga Super
MakanBola
Penang FC
Advertisements

Ketua jurulatih Penang FC II, Manzoor Azwira memiliki matlamat yang besar untuk mencungkil lebih ramai bakat muda Penang ke pentas Liga Super.

Skuad Penang FC II tewas tipis 1-2 kepada PDRM FC dalam aksi pertama Piala MFL namun Manzoor Azwira kekal optimis dengan kemapuan pemain muda Penang.

Advertisements

Jurulatih berusia 48 tahun itu mahu mempromosikan pemain muda berbakat dalam memperkuatkan lagi pasukan utama Penang yang beraksi di Liga Super.

Malah Manzoor Azwira turut menyatakan dua sasaran utama beliau untuk skuad Penang FC II musim ini dalam mengasah dan mengetengahkan pemain-pemain muda yang berbakat besar.

Advertisements

“Berkenaan pemilihan pemain dari Piala MFL ke Liga Super, sebenarnya Akmal Rizal yang bawa pasukan Piala MFL musim lalu dan pemain-pemain tersebut berjaya membuktikan mereka mampu bersaing di peringkat Liga Super.

“Saya rasa ini satu pencapaian yang baik dan positif untuk Penang FC dan saya berharap tahun ini bila saya yang bawa tanggungjawab untuk Penang FC II, saya harap akan ada lagi pemain dari Piala MFL yang naik pangkat ke Liga Super.

Advertisements

“Saya harap lebih ramai pemain Penang di Piala MFL dapat naik ke Liga Super dan keduanya saya juga berharap pasukan Penang FC II berada dalam kedudukan 5 terbaik untuk Piala MFL.” ujar Manzoor Azwira.

Haziq Mukriz, Aikmal Roslan, Iman Rafaei Abd Razak, Shafu Azswad Sapari, Izzat Zikri, Daniel Irfan, Azrie Reza dan Alif Ikmalrizal antara pemain-pemain dari Piala MFL yang diserap masuk ke skuad utama Penang bagi saingan Liga Super musim ini di bawah kendalian jurulatih Akmal Rizal.

Advertisements

Manzoor Azwira yang merupakan penolong ketua jurulatih Penang FC musim lalu kini menggalas tanggungjawab baru untuk musim 2024/2025 apabila dilantik sebagai ketua jurulatih Penang FC II.

News Comments Account