Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Kemaraan Kelantan FC mara ke suku akhir Piala Malaysia ternyata menggembirakan para penyokong mereka yang sentiasa memberikan sokongan padu setiap kali pasukan kesayangan mereka turun beraksi.

Advertisements

Kelantan FC berjaya mengejutkan pasukan Liga Super, Sarawak United dengan agregat 2-1 dan bakal berdepan ujian getir di peringkat suku akhir apabila bakal berdepan dengan juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Disebalik kemaraan pasukan yang dikenali dengan jolokan The Red Warriors itu, ada persoalan yang ditanyakan penyokong kepada pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham. Persoalan tersebut adalah mengenai habuan ataupun bonus yang diterima para pemain Kelantan selepas berjaya mara ke suku akhir.

Advertisements

“Boss Zam (Zamsaham), tak ada ke habuan untuk pemain Kelantan FC. Selepas layak ke suku akhir?,” tanya seorang penyokong Kelantan.

Zamsaham menjawab pertanyaan tersebut dengan mengesahkan RM20 ribu bonus telah diberikan kepada semua pemain, pengurusan dan jurulatih.

Advertisements

“Saya dah umumkan RM20 ribu bonus kepada semua management, coach dan pemain. Tak semua saya kena kongsikan. Takut nanti riak pula. Mudahan Allah sayang kita semua dan TRW (The Red Warriors),” jelas Zamsaham.

zamsaham bonus Mara Ke Suku Akhir, Pemain Kelantan Dapat Durian Runtuh
Zamsaham membalas komen penyokong mengenai habuan buat pemain Kelantan.

Perlawanan pertama suku akhir melibatkan Kelantan FC dan JDT akan berlangsung pada 5 November ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan sebelum aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 11 November.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram