Ads
Marcelo Bielsa Panggil Penyerang Liga Amatur Wakili Uruguay
Eropah
AUF/Alex Martin Rostan

Ketua jurulatih Uruguay, Marcelo Bielsa telah mengambil tindakan ‘tidak masuk akal’ apabila akan menyenaraikan penyerang bertaraf liga amatur mewakili Uruguay.

Advertisements

Uruguay dilaporkan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Costa Rica pada akhir bulan Mei ini sebagai persediaan menghadapi kejohanan Copa America 2024 pada bulan Jun kelak.

Advertisements

Seramai 21 pemain akan dipanggil mewakili Uruguay termasuk beberapa bintang besar seperti Darwin Nunez dan juga Fede Valverde bagi aksi tersebut.

Advertisements
Advertisements

Namun Bielsa harus melupakan khidmat beberapa pemain utama Uruguay yang bermain untuk kelab seperti Nacional, Penarol, Liverpool, Racing and Danubia ekoran pertembungan jadual dengan kejohanan Copa Libertadores dan Copa Sudamericana.

Oleh itu, jurulatih berusia 68 tahun itu mahu memanggil penyerang berusia 24 tahun yang kini bermain dalam liga amatur buat kelab Juventud de Soriano.

Advertisements

Water Dominguez dilaporkan akan menyarung jersi kebangsaan Uruguay setelah pemain itu sendiri mengakui terkejut dengan panggil kebangsaan tersebut dalam sebuah wawancara.

“Mereka (Uruguay) menelefon saya dan saya amat gembira. Saya terkejut dan tidak menjangkakannya tetapi jujurnya saya gembira.” ujar Walter Dominguez.

Advertisements

Penyerang tersebut telah menjaringkan 38 gol dalam 19 perlawanan buat pasukan Juventud de Soriano dan berpeluang mencatat sejarah manis buat dirinya mewakili pasukan Uruguay pada akhir Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram