Marcos Guilherme Tercalon Gol Terbaik ACLE Minggu Ke-8
MakanBola
Johor Southern Tigers

Nama pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Marcos Guilherme kembali menjadi sebutan di Asia.

Ini kerana golnya ketika menentang Vissel Kobe tercalon untuk anugerah gol terbaik Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) minggu kelapan.

Gol tunggal Guilherme juga memastikan JDT menempah tiket ke pusingan 16 terbaik ACLE musim ini.

Bekas pemain sayap V. Varen Nagasaki itu dijangka berdepan saingan sengit untuk anugerah gol tersebut.

Ini kerana Guilherme perlu bersaing dengan bintang Buriram United, Suphanat Mueanta, bekas penyerang Liverpool, Darwin Nunez dan penyerang baharu Al-Ittihad, Youssef En-Nesyri.

Turut tercalon ialah Diyorbek Abdunazarov (PFC Nasaf), Ryo Germain (Sanfrecce Hiroshima), Ryohei Shirasaki (Machida Zelvia) dan Krzysztof Piatek (Al-Duhail).

Penyokong yang ingin mengundi boleh melakukannya di laman sesawang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) atau aplikasi AFC Live.

Undian gol tersebut akan berakhir pada jam 5.00 petang, 25 Februari.