Bintang Manchester United, Marcus Rashford dilaporkan terlibat dalam kemalangan kereta setelah tamat perlawanan menentang Burnley.
Rashford yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya mengalami kemalangan yang menyebabkan kereta Rolls Royce milik beliau remuk dibahagian belakang.
Pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan namun hanya terkejut sejurus terlibat dengan kemalangan tersebut.
Rakan sepasukan beliau, Bruno Fernandes hadir memberi bantuan kepada Rashford menurut laporan Sport Bible.
Kelibat kapten pasukan United itu kelihatan setelah kereta miliknya berada berhampiran kawasan kemalangan.
Pihak polis turut datang menguruskan situasi kemalangan tersebut namun tiada panggilan bantuan perubatan dilaporkan memandangkan tidak berlaku sebarang kecederaan fizikal.
Rakaman kereta Rashford yang remuk dibahagian belakang kini tular dilaman X dan menjadi tajuk panas laman berita Eropah ketika ini.
Keadaan Rashford yang tidak mengalami kecederaan pastinya melegakan para penyokong dan barisan kejurulatihan Manchester United ketika ini.