Marin Pilj Rekrut Terbaru Terengganu
Transfer
NK Varazdin / Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC semakin serius menghadapi musim baharu Liga Super yang dijadualkan Mei depan dengan membawa masuk pemain baharu ke dalam pasukan.

Terkini, Terengganu telah sah menyambar khidmat pemain tengah kelahiran Croatia, Marin Pilj. Pilj dibawa ke Terengganu dari kelab Liga Croatia, NK Varazdin.

Kehadiran Pilj dijangka bakal mengisi kekosongan di bahagian tengah Terengganu yang ditinggalkan bintang utama mereka musim lalu, Habib Haroon.

Advertisements

Untuk rekod, Pilj telah beraksi dalam 18 perlawanan liga bersama NK Varazdin untuk musim 2023/2024 dan berjaya meledak satu gol serta turut menyumbang satu bantuan gol.

Kemampuan beraksi di pelbagai posisi tengah merupakan antara kelebihan yang bakal menambah kekuatan pasukan Terengganu walaupun mempunyai saiz fizikal yang sedikit kecil iaitu berketinggian 165 cm.

Perpindahan ke Terengganu bukanlah jalan yang mudah buat Pilj apabila perlu bersaing hebat dengan nama-nama besar yang lain seperti Nurillo Tukhtasinov, Manuel Ott dan Akram Mahinan bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram