Mario Arques Lepas Geram Kepada Jurulatih Kelantan?

Mario Arques Choi Moon sik Mario Arques Lepas Geram Kepada Jurulatih Kelantan?
Kelantan FC
Nabil Fahmi @nabilfamy
11:36am 02/04/2023

Tiada pasukan di dalam dunia ini mahu kalah namun begitulah adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi penyokong Kelantan FC, mereka sudah pasti sukar untuk menelan kekalahan besar 4-2 kepada Negeri Sembilan FC.

Walaupun tewas dalam perlawanan tersebut, aksi yang dilangsungkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi itu turut dicemari dengan satu insiden yang dapat dirakam lensa kamera ketika siaran langsung itu. Insiden tersebut menyaksikan pertengkaran di tepi padang melibatkan kapten Kelantan, Mario Arques dan jurulatih, Choi Moon-sik.

Insiden tersebut berlaku selepas terhasilnya gol kedua Kelantan FC hasil tandukan Ismahil Akinade. Moon-sik dilihat telah memberikan arahantaktikal kepada Arques namun pemain Sepanyol seperti tidak dapat menerima apa yang diarahkan dan kemarahan jelas terpancar di wajah Arques.

Keadaan tersebut berjaya ditenangkan selepas adanya campur tangan dari penolong jurulatih, Rezal Zambery Yahya yang turut berada di tepi Moon-sik ketika itu. Selepas insiden tersebut berlaku, Negeri Sembilan berjaya menyumbat dua lagi gol untuk kemenangan selesa 4-2.

@football.jrmy10

Lihatlah betapa marahnya mario terhadap coach.. Kita yang tengok depan tv pun sakit hati dengan tektikal coach apatah lagi yang separuh nyawa bermain atas padang.. Game management dari coach ni memang jahanam.. Mari kita imbas “kebijaksanaan” coach ni sepanjang perlawanan ini 1. Sanggup korbankan MOTM game lepas Cifu demi memberi peluang kepada Nuha yang baru pulih dari kecederaan dan tak function pun masa main dengn pasukan u23 2. Beto injured.. Mati2 ingat at least daniel Asyraf akan dimasukkan.. Tup2 CB yusri yang masuk sedangkan masa tu posisi pertahanan masih lagi under control dan dalam keadaan kita memerlukan jaringan gol 3. Dua gol dari Fazrul sebelum ini terhasil ketika dia bermain di sayap kiri.. Tup2 game ni coach letak fazrul main kanan untuk memberi ruang kepada pemain off form beto main sayap kiri.. 4. Dah la minit 80 baru buat pertukaran.. Lepastu kau masukkan Cifu tapi keluarkan Mario? So kau expect 3 striker kat atas akan dapat bola tanpa pemain Midfielder? Sedangkan Nuha yang entah buat apa atas padang dari 1st half lagi dikekalkan sampai habis game. Ni tak cerita lagi coach nak berkomunikasi pun kena ada translator.. Matilanak Big Respect kepada Mario 🫡.. Kita boleh lihat betapa passionate nya dia as a captain masa dia sound coach dia sendiri.. Dan mungkin ini antara sebab dia dikeluarkan#footballJR #malaysiafootball #zamsaham #fypcoyy #fypcoyy #fyppcukk #ramadanfootball #kelantanfootball #fypシ #fyp #GKG #kelantanfc

♬ bunyi asal – 🇲🇾Football.JR.🇲🇾 – 🇲🇾Football.JR.🇲🇾

Kekalahan Kelantan itu menyaksikan mereka kini jatuh di kedudukan ke-11 Liga Super dengan mengumpul hanya empat mata. Kelantan akan meneruskan saingan Liga Super dengan perlawanan ‘Derbi Pantai Timur’ menentang Terengganu pada 4 April ini yang mana akan dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.