Ads
Eropah
Oxford United FC

Nama bintang muda Indonesia, Marselino Ferdinan menjadi sebutan dalam kalangan media terkemuka Eropah sejak 19 Ogos lalu.

Advertisements

Ini selepas pemain tengah berusia 19 tahun itu sah menyertai kelab Liga Kejohanan, Oxford United secara percuma. Marselino bergelar ejen bebas sejak 1 Julai lalu selepas menolak menyambung kontrak bersama kelab lamanya, KMSK Deinze.

Advertisements

Perpindahan ini mendapat liputan media terkemuka seperti Sky Sports dan BBC Sport. Ini disebabkan perbandingan status Oxford United dengan pengaruh yang dimiliki Marselino terutama di media sosial.

Advertisements

Advertisements

Bekas pemain Persebaya Surabaya itu memiliki 3.9 juta pengikut di Instagram. Ini berbeza dengan Oxford yang hanya memiliki 83,000 pengikut di platform sama.

Selepas perpindahan ini disahkan, Marselino merasa gembira dapat berada di Stadium Kassam. Dan bintang Indonesia itu bersedia memberikan yang terbaik demi pasukan yang diberi jolokan The U’s itu.

Advertisements

“Saya sangat senang dan masih tidak percaya saya ada di sini. Menjadi pemain kelahiran Indonesia pertama yang bermain di Liga Kejohanan jika terpilih, membuat saya sangat bangga.

“Saya tidak akan menyia-nyiakan kesempatan ini dan saya akan memberikan 100% usaha sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jurulatih Oxford United, Des Buckingham melihat kehadiran Marselino mampu menambah baik kualiti pasukan itu dalam mengharungi kempen musim 2024/25.

“Marselino seorang pemain muda yang menarik. Permainan yang kami tonton dan laporan tentangnya (yang kami terima) dari Asia adalah bahawa beliau adalah salah satu pemain muda terbaik yang datang, jadi ia satu peluang untuk memilikinya di sini dan menjadi sebahagian daripada apa yang kami lakukan.

“Setelah bekerja di Asia, saya tahu banyak bakat berpotensi yang boleh ditemui di sana dan saya tidak sabar untuk membimbingnya di sini untuk melihat kemajuan beliau.

“Marselino mempunyai banyak sifat yang kami cari untuk seseorang pemain dan kami dapat melihat beliau mempunyai keinginan sebenar untuk mahu memperbaiki dan mengambil peluang ini,” ujarnya.

Perpindahan ini menjadikan Marselino pemain baru ke-13 yang menyertai pasukan yang berpangkalan di Oxfordshire itu untuk musim 2024/25.

Pemegang saham majoriti The U’s bukan asing dalam kalangan penyokong Indonesia iaitu Erick Thohir dan Anindya Bakrie. Erick cukup menonjol dengan peranan sebagai Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia.

Kehadiran Marselino dijangka menyemarakkan lagi minat penyokong Tim Garuda kepada Liga Kejohanan. Ini kerana seorang lagi pemain Indonesia, Nathan Tjoe-A-On beraksi untuk Swansea City.

Advertisements

Tjoe-A-On merekodkan penampilan pertama bersama The Swans dalam aksi menentang Preston North End pada 17 Ogos lalu. Kehadiran dua pemain Indonesia ini bakal menjadikan aksi Oxford-Swansea pada 2 November ini menjadi tumpuan ramai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram